PASIR MAS: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal bersama dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup masuk lima migran warga Thailand.
Muhd Nor Hafifi Md Khanapiah, 33, bersama Mohd Azhar Mohamad, 28, dan Muhammad Rahmat Muhammad, 33, yang bekerja sendiri hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.
Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana kes itu merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Muhd Nor Hafifi, Mohd Azhar dan Muhammad Rahmat didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu di sekatan jalan raya (SJR) Ladang Pepuyu, Tanah Merah, pada 10 malam 6 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan merupakan kesalahan di bawah SOSMA yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan boleh juga didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memaklumkan bahawa kes itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan dan memohon supaya ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Peguam Shaharuddin Mohamed mewakili Muhammad Rahmat manakala Muhd Nor Hafifi dan Mohd Azhar tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 9 Dis untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
Tiada pengakuan direkodkan daripada tiga tertuduh iaitu Muhd Nor Hafifi Md Khanapiah, 33, Mohd Azhar Mohamad, 28 dan Muhammad Rahmat Muhammad, 33, selepas pertuduhan dibaca. - Foto BERNAMA
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
AWANI Ringkas: Suntikan HPV 719,236 pelajar perempuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [21/05/2024] – Penyelidikan FICO | Bayi berusia 11 bulan | Bakal dibentangkan di Parlimen | 57,991 unit pada April 2024
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Anggota PGA maut akibat strok haba
Anggota PGA yang mengikuti kursus asas pasukan itu di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta maut akibat strok haba.
Dua anggota PGA maut kemalangan di Kota Bharu
Kejadian berlaku pada pukul 4.25 pagi dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Anggota PGA didakwa minta, terima rasuah di Sandakan
Tertuduh didakwa meminta dan menerima rasuah berkaitan urusan pengeluaran kad pengenalan kira-kira enam tahun lepas.
Anggota PGA berpangkat koperal ditemui mati dengan kesan tembakan
Seorang anggota polis ditemui maut, dengan satu kesan tembakan di rusuk kirinya di Jalan Riam, Miri pada Jumaat.
Isu berkaitan sempadan negara semakin parah, perlu ditangani dengan tuntas
Kelemahan pengurusan sempadan yang berlaku sekian lamanya telah menjadi isu yang akhirnya bukan sahaja menyebabkan kehilangan pendapatan kepada negara, malah juga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Sarjan Norihan ingat kejadian tembakan - Ketua Polis P. Pinang
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding semalam dan lebih banyak bercakap hari ini.
Kes tembak anggota PGA: Sarjan Norihan Tari jalani pembedahan keluarkan peluru di HPP
Norihan mula dimasukkan ke bilik bedah sekitar jam 1.30 tengah hari Khamis.
Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani
Ia sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anggota PGA ditembak: Mendiang Koperal Baharuddin rajin, berani - Rakan baik
Baharuddin yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terkorban akibat ditembak, awal pagi Selasa.